SHAH ALAM: Tekanan yang dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian.
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang saranan serta turut membuka ruang penambahbaikan demi kesejahteraan semua pihak.
"Sekuat mana pun ujian dan gangguan, Pas semakin membesar dan matang di persada negara. Pas sentiasa menjadi rujukan oleh kebanyakan ilmuan.
"Institusi ini ialah jihad pendidikan yang dilakukan Pas untuk negara dan dengan bantuan ALLAH SWT ia diterima baik kebanyakan masyarakat," katanya menerusi hantaran di X pada Sabtu.
Menerusi hantaran itu, Tuan Ibrahim turut berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan bersama guru Pasti di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Sebelum ini, tular memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia mengenai satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti selain SRITI dan SMITI yang didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.
Susulan itu, pelbagai pihak memberi reaksi termasuk meminta agar isu berkaitan gaji kakitangan di pusat pendidikan seliaan Pas itu diteliti semula.
Sementara itu, Tuan Ibrahim pada masa sama turut mengakui partinya tidak pernah bebas daripada tekanan dan gangguan.
Malah katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menerima ujian dan cercaan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.
"Banyak pimpinan dan ahli Pas dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dek kerana bersama menggerakkan perjuangan Pas," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Tuan Ibrahim berkata, ia mengingatkan partinya erti sunnatullah dalam perjuangan yang penuh mehnah atau ujian. - Foto Bernama
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.