awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2023
02:50 MYT
eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Program eMADANI dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
Dalam satu kenyataan, MOF berkata, ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.
"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai.
"Pihak kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai," katanya hari ini.
MOF berkata, Program eMADANI dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Oleh itu, jelasnya, kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai.
"la hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go Wallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara.
Pendaftaran program MADANI dibuka mulai hari ini hingga 20 Feb 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Topic Berkaitan
#kredit RM100
#eMADANI
#ekonomi digital
#pembayaran tanpa tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan