Skip to main content

Politik

Ismail jalankan tugas seperti biasa, hadiri perjumpaan dengan pegawai kanan negeri

Ismail  mengadakan pertemua bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia baharu, Akhmal Abu Basar yang menggantikan Zairil Azwan Zulmuji yang berpindah ke Kementerian Pendidikan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), Seremban, pada Rabu. - Gambar Facebook Dato' Ismail Bin Lasim
Ismail mengadakan pertemua bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia baharu, Akhmal Abu Basar yang menggantikan Zairil Azwan Zulmuji yang berpindah ke Kementerian Pendidikan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), Seremban, pada Rabu. - Gambar Facebook Dato' Ismail Bin Lasim
Advertisement

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim hari ini dilihat menjalankan tugas seperti biasa dengan menghadiri perjumpaan bersama pegawai kanan kerajaan negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), di sini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ismail berkata, perjumpaan itu diadakan bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia baharu, Akhmal Abu Basar yang menggantikan Zairil Azwan Zulmuji yang berpindah ke Kementerian Pendidikan.

Beliau turut menyampaikan harapan supaya Akhmal dapat meneruskan usaha memperkukuh pengurusan sumber manusia dan kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Sembilan selain merakamkan penghargaan kepada Zairil Azwan atas sumbangan dan perkhidmatannya.

Advertisement

Isnin lepas, Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh dilaporkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Semalam, Istana Negeri Sembilan memaklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

Advertisement

Semalam, Tuanku Muhriz turut dilaporkan berkenan menerima menghadap Ismail susulan kemelut semasa yang melanda negeri itu dengan sesi menghadap bermula kira-kira 5 petang dan berakhir pada 6.30 petang.

Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement