Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sememangya ada sesuatu yang mencurigakan dengan emel-emel antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sesiapa pun boleh memintas emel-emel yang dihantar. Jika dilihat kepada emel yang dihantar, sememangnya ada yang mencurigakan,” kata Dr Mahathir ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada Khamis.

Apabila ditanya samada ahli politik veteran itu akan meminta maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika dokumen-dokument tersebut adalah palsu, Dr Mahathir berkata dia akan menilai situasi itu kelak.


Ini adalah soal duit rakyat. Saya bukan minta untuk saya, saya minta untuk negara

“Saya perlu melihat kesemuanya dahulu,” tegasnya.

Apabila ditanya apakah perbincangan di antara beliau dan Najib untuk memperbaiki perhubungan mereka yang tegang sekarang ini, Dr Mahathir menjawab yang isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini bukan bersifat peribadi.

“Kita masih boleh berjumpa, berbual dan bersalaman, namun perkara yang lebih penting perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini adalah soal duit rakyat. Saya bukan minta untuk saya, saya minta untuk negara," tambahnya.

BACA:
'Molek juga kalau PAC dapat keterangan daripada Justo,' kata Nur Jazlan


1MDB: Siasatan awal bekas kakitangan PetroSaudi bukti e-mel bocor telah dipinda