KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis peronda memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dilihat berada dalam keadaan ketakutan, menangis dan mengadu ahli perniagaan itu telah memukulnya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas yang didiami oleh pasangan tersebut tujuh tahun lepas.
Sarjan Saleh Omar Osman, 43, dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berkata pada 22 Nov 2015, beliau menerima panggilan dari pusat kawalan yang menyatakan ada pergaduhan di rumah tersebut dan terus bergerak ke lokasi itu bersama rakan setugasnya.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata apabila tiba di rumah tersebut, pintu pagar telah terbuka dan beliau melihat seorang lelaki berdiri di kawasan parkir serta membenarkan mereka masuk.
"Rakan setugas saya telah bertanya kepada lelaki tersebut 'ada apa-apa masalah ke encik' dan lelaki itu menjawab 'tiada apa-apa.' Selepas itu, seorang perempuan telah keluar dari rumah tersebut dan menunjukkan kepada saya tangannya lebam-lebam kerana dipukul. Saya juga nampak kesan lebam-lebam di mukanya.
"Mangsa berada dalam ketakutan, menangis dan mengadu bahawa suaminya (sambil menunjukkan kepada lelaki tersebut) telah memukulnya. Lelaki itu hanya berdiam diri," katanya semasa membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa mencederakan Emilia Hanafi.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, saksi itu mengenal pasti lelaki yang berdiri di kawasan parkir adalah SM Faisal.
Menurut Saleh, beliau kemudian meminta mangsa membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, saksi itu bersetuju bahawa beliau tidak menangkap SM Faisal meskipun mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana suspek yang disyaki melakukan jenayah.
Akberdin: Saya katakan kepada kamu Sarjan, kamu tidak menangkap dia walaupun kamu melihat mata dan tangan wanita itu lebam kerana kamu telah membuat keputusan itu adalah masalah rumah tangga antara lelaki dan wanita, sebab itu kamu tidak menangkap atau menahan suspek tersebut.
Saleh: Ya, setuju.
Bagaimanapun, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa pada hari kejadian, SM Faisal ada memberitahunya bahawa dia telah diserang oleh isterinya dan terpaksa mempertahankan diri menyebabkan mereka telah mengalami kecederaan.
SM Faisal, 43, berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Saksi itu memberitahu mahkamah dia meminta Emilia (gambar) membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas. - Gambar fail/ Bernama
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008046/8668162651675557065848_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [5 Februari 2022]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Hakim Rahman & Hafizi Rosli Antara fokus AWANI Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri - Salahuddin Ayub

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.

COVID-19 | 202 kes baharu, satu kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 28 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat kembali turun dengan 202 kes dilaporkan, berbanding 340 kes yang dicatatkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, enam adalah kes import.

Kemalangan | Suami isteri maut, anak cedera kereta terbabas di LPT 2
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak cedera selepas kenderaan pelbagai guna , MPV, yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik. Nahas berlaku di kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2, LPT 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 4.00 petang Sabtu.

"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.

Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.

SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.

Adik perempuan dakwa Emilia telah dipukul sejak 2011
Mahkamah Majistret diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.

SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 31 Okt
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi yang dijadualkan hari ini di Mahkamah Majistret.

SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia
SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya.

Kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Tinggi Syariah: AGC kemuka rayuan
AGC memfailkan notis itu di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept lepas kerana tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi.

Emilia dilihat takut, menangis, mengadu SM Faisal memukulnya - Saksi
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret bekas isteri Datuk SM Faisal dilihat berada dalam keadaan ketakutan, menangis dan mengadu dipukul ahli perniagaan itu.