awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat cawangan KWSP beroperasi pada waktu terhad di kawasan PKPB, PKPD

Bernama
Bernama
04/11/2020
21:10 MYT
Empat cawangan KWSP beroperasi pada waktu terhad di kawasan PKPB, PKPD
Semua cawangan di Lembah Klang serta Nilai dan Seremban akan menyambung semula semua perkhidmatan dalam tempoh operasi terhad itu, melainkan KWSP Kajang yang akan terus ditutup sehingga dimaklumkan kelak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan cawangannya di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan beroperasi pada waktu terhad, bermula 9 pagi hingga 2 petang mulai 9 Nov ini.
Dalam kenyataan hari ini, ia memaklumkan semua cawangan di Lembah Klang serta Nilai dan Seremban akan menyambung semula semua perkhidmatan dalam tempoh operasi terhad itu, melainkan KWSP Kajang yang akan terus ditutup sehingga dimaklumkan kelak.
Sementara itu, KWSP berkata cawangan di Sabah dan Labuan hanya menawarkan perkhidmatan tertentu seperti pengeluaran bagi umur 50/55/60 tahun dan pengesahan cap ibu jari e-Pengeluaran.
"Ahli-ahli yang telah membuat janji temu untuk berurusan dengan cawangan KWSP Seremban di luar waktu operasi terkini diminta menjadualkan semula melalui saluran Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu," katanya.
Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli, majikan, dan kakitangannya, KWSP berkata ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online.
Tambahnya, para majikan disaran menghubungi pegawai khidmat nasihat majikan masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut, manakala ahli dan majikan disaran menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.
Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#PKPB
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#nilai
#Seremban
#kesihatan
#operasi
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan