awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan berhubung penemuan bom di Damansara Perdana

Bernama
Bernama
09/05/2016
10:21 MYT
Empat ditahan berhubung penemuan bom di Damansara Perdana
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah (tengah) bersama barang-barang yang dirampas daripada suspek kes-kes samun, pecah rumah, culik dan membuat bom pada sidang akhbar hari ini. - Gambar Bernama
Polis menahan empat individu, dua daripadanya wanita, dalam serbuan di Ampang dekat sini Sabtu lepas, disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan bom di Damansara Perdana.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata empat suspek yang berumur lingkungan 31 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri kira-kira pukul 1 pagi.
"Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis BMW yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta beberapa peralatan pecah rumah termasuk tracker dan gps mobile," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
BACA: Polis temui lima bom buatan sendiri di kondominium di Damansara Perdana
BACA: Bom buatan sendiri: Polis sahkan jumpa tujuh bahan letupan, suspek diburu
BACA: Bom ditemukan di kondominium tiada kaitan dengan Daish - Khalid
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kumpulan itu menggunakan bom untuk melakukan kegiatan jenayah termasuk pecah rumah dan pinjaman wang haram.
"Bagaimanapun kita masih menyiasat sejauh mana mereka menggunakan bom buatan sendiri ini dalam kegiatan jenayah mereka.
Kesemua suspek kini direman sehingga esok untuk disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957," katanya.
Dalam kejadian 17 April lepas, lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan penemuan tujuh bom tangan dalam sebuah unit kediaman itu kira-kira 4.30 pagi.
Selain bom, polis turut menemui alatan elektronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5.
Dalam kes berasingan, Mohd Adnan berkata seorang wanita berusia 26 tahun menjadi mangsa rogol dan samun apabila rumahnya dimasuki sekumpulan lima lelaki pada 8 pagi di Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini, Jumaat lepas.
Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang bersiap untuk keluar bekerja sebelum didatangi kumpulan itu yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Tiga daripada suspek yang bersenjatakan parang dan memakai topeng kemudian masuk ke rumah mangsa yang tidak berkunci sebelum seorang daripada suspek menarik mangsa ke dalam bilik dan merogolnya manakala dua suspek bertindak mengambil barang berharga (di rumahnya).
"Kita masih mengesan suspek yang terlibat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 dan 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#BMW
#Damansara Perdana
#kondominium
#Mohd Adnan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan