awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/11/2024
05:40 MYT
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata empat suspek masing-masing berusia 20 hingga 25 tahun ditahan di Bayan Lepas dan Sungai Ara semalam selepas mangsa membuat laporan.
BAYAN LEPAS: Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata empat suspek masing-masing berusia 20 hingga 25 tahun ditahan di Bayan Lepas dan Sungai Ara semalam selepas mangsa membuat laporan.
Sazalee berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah sewa seorang suspek di Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas.
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek pertama berusia 24 tahun yang dikenalinya sejak April lepas telah membawanya keluar bersiar-siar di Relau, sebelum membawa pulang ke rumah sewa pada jam 2 pagi .
"Suspek kemudian melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum dua lagi suspek yang tidak dikenali mangsa berusia 20 tahun melakukan perbuatan sama.
"Mangsa kemudiannya dibawa keluar menyaksikan perlumbaan motosikal di Bayan Baru pada jam 3 pagi sebelum suspek membawa pulang mangsa ke rumah sewa sama dan mangsa sekali lagi dirogol bergilir-gilir oleh semua suspek pada jam 4 pagi .
"Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya pada jam 5 pagi," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sazalee berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, tiga suspek ditahan kerana disyaki merogol mangsa manakala seorang lagi suspek berusia 25 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis sudah mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Balik Pulau dan semua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Kesiksaan iaitu merogol secara berkumpulan.
Topic Berkaitan
#kes rogol
#remaja bawah umur
#lumba haram
#Sazalee Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan