awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ekor gajah ditemui mati disyaki diracun

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2024
07:30 MYT
Empat ekor gajah ditemui mati disyaki diracun
Gajah yang ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang Kluang, pada Sabtu.
KLUANG: Empat ekor gajah ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang dekat sini, pada Sabtu dipercayai diracun.
Penemuan bangkai gajah terbabit oleh penduduk kampung pada sebelah pagi, turut tular di media sosial.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Amin berkata, bedah siasat terhadap bangkai empat ekor gajah itu akan dilakukan bagi menyiasat punca kematian.
"Siasatan masih dijalankan selain bedah siasat terhadap empat bangkai gajah akan dilakukan hari ini.


Keadaan bangkai gajah yang ditemui di Kampung Sri Timur, Kahang Kluang, pada Sabtu.
Keadaan bangkai gajah yang ditemui di Kampung Sri Timur, Kahang Kluang, pada Sabtu.
"Keputusan bedah siasat termasuk ujian kimia dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.
"Namun, setakat ini, kami tidak dapat mengesahkan empat gajah ini mati akibat diracun," ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han, turut meninjau lokasi penemuan empat bangkai gajah itu pada pagi Sabtu.
Ting Han yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, sedih berikutan empat gajah itu dipercayai mati diracun.
"Orang ramai diminta tidak ambil undang-undang di tangan sendiri.


Ting Han (tengah) melihat gajah yang ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang Kluang, pada Sabtu.
Ting Han (tengah) melihat gajah yang ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang Kluang, pada Sabtu.
"Lapor kepada Perhilitan, PDRM atau ketua kampung sekiranya berhadapan masalah konflik dengan gajah bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan lanjut.
"Jabatan Veterinar juga sedang melakukan bedah siasat dan jika terbukti benar empat gajah itu mati diracun, PDRM sudah tentu akan mengambil tindakan susulan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gajah diracun
#Kluang
#Kampung Sri Timur
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan