awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat hari padam kebakaran sampah haram

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2022
21:45 MYT
Empat hari padam kebakaran sampah haram
Pihak bomba mengambil masa empat hari untuk memadamkan kebakaran sampah haram di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, Kuang. - Foto Sinar Harian
GOMBAK: Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran sampah haram di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, Kuang, di sini selepas empat hari operasi pemadaman.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kebakaran berlaku pada jam 6 petang, Sabtu membabitkan kawasan seluas 0.09 hektar.
Menurutnya, seramai 18 anggota berlainan pangkat meliputi tiga pegawai zon dan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling Jaya serta Damansara terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.
Selain itu, turut berada di kawasan kebakaran tersebut ialah wakil dari Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Gombak.
“Pemadaman diteruskan dengan menggunakan dua unit pam mudah alih tiga aliran dan tiga pancutan yang tertumpu pada empat titik kecil dengan bantuan jentera jengkaut daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
“Operasi pemadaman tamat pada jam 2 petang pada Selasa. Selepas pemantauan selama dua jam dibuat, tiada kesan asap dikesan,” katanya pada Selasa.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#sampah haram
#usaha pemadaman
#bomba
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan