KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata empat individu berusia 28 hingga 41 tahun itu, ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah, Johor, semalam.
"Kita tahan empat lagi individu di Johor semalam dan percaya boleh membantu siasatan polis dalam kes ini.
"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan mereka, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan sebelum ini," katanya ketika dihubungi.
Setakat ini, seramai lapan individu ditahan termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 36 tahun.
Selain itu, Razarudin berkata permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri warga tempatan, yang disyaki membekalkan pistol kepada suspek utama akan dibuat selepas tempoh reman mereka tamat esok.
Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun, ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat lepas dan direman tujuh hari.
Selain itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Cameron Highlands, Pahang turut ditahan yang dipercayai menjadi pemandu kepada lelaki Israel terbabit.
Terdahulu, Razarudin dilaporkan berkata seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol, ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.
Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia pada 12 Mac menggunakan pasport Perancis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan mendakwa datang ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya susulan masalah keluarga.
Razarudin berkata suspek direman hingga 7 April ini dengan siasatan dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Razarudin berkata empat individu berusia 28 hingga 41 tahun itu, ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah, Johor, semalam. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.