awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja

Bernama
Bernama
25/01/2023
22:00 MYT
Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur. -Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan empat individu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' bagi sindiket tawaran pekerjaan secara dalam talian yang tidak wujud menerusi serbuan berasingan semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.
"Penahanan dilakukan selepas polis bertindak atas siasatan dan risikan yang dijalankan berdasarkan kes yang dilaporkan di daerah Barat Daya pada 2021 dan 2022," menurut kenyataan itu.
Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM1,319 hingga RM16,593 dan mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keldai akaun
#sindiket tawaran pekerjaan
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#empat individu ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan