SUNGKAI: Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan merupakan antara empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks (susu getah) melalui program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pekebun juga akan menerima insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering.
"Selain itu pekebun juga akan menerima bayaran Insentif Galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun.
"Di samping itu mereka juga menerima Insentif Produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 ke 1,499 kilogram bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500 kilogram ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2)," katanya berucap ketika melancarkan Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statistik Sungkai di sini, hari ini.
Program IPL bertujuan membantu pekebun kecil getah menambah pendapatan mereka dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan lateks berbanding getah sekerap.
Program yang dilaksanakan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu merupakan projek rintis selama setahun melibatkan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah dan Sabah dengan anggaran peserta seramai 1,500 dan tiga kilang pemerosesan.
Sementara itu Fadillah berkata bagi kilang pemproses lateks yang terpilih pula, kebenaran khas diberikan dengan tempoh terhad selama setahun untuk membeli lateks secara bergerak dan secara terus daripada pekebun kecil dalam negeri yang sama.
Pengilang mendapat pinjaman tiga unit RRIMeter pemprosesan daripada LGM; dan pinjaman tiga unit kenderaan reka bentuk khas bagi mengangkut lateks.
RRIMeter merupakan teknologi LGM yang dapat membantu pekebun kecil dan kilang pemproses dalam penentuan kandungan getah kering (KGK) dengan pantas dan tepat, yang seterusnya akan menentukan harga bagi aktiviti urus jual beli getah di peringkat lapangan.
Pada sidang media, Fadillah berkata inisiatif IPL dijangka dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah sehingga 40 peratus dan meningkatkan pengeluaran lateks untuk keperluan negara.
"Jika dibandingkan getah beku sekarang berharga (siling) RM3 bagi 1kg (kilogram) tetapi lateks boleh mencecah lebih RM5 bagi 1 kg, jadi ini akan memberi lebih pendapatan kepada pekebun getah," katanya.
Beliau berkata pada 2022 nilai import lateks negara mencecah RM3 bilion dan dengan peralihan pekebun kecil getah kepada pengeluaran lateks ia diharap mengurangkan kebergantungan import komoditi tersebut.
Di majlis sama, Fadillah turut melancarkan Van Kaunter Bergerak LGM yang akan menyediakan perkhidmatan di kawasan-kawasan pedalaman atau yang jauh dari pejabat LGM sedia ada.
Beliau turut melawat dua pusat pengumpulan lateks iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Menderang dan Dewan Orang Asli Kampung Menderang, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Fadillah berucap melancarkan Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statstik hari ini. - Foto Bernama
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Empat insentif pekebun kecil getah beralih ke pengeluaran lateks melalui IPL - Fadillah
Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan merupakan antara empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks (susu getah) melalui program Insentif Pengeluaran Lateks (IP