Empat lelaki ditahan gaduh di Pekan Sungai Besar

Polis telah berjaya melakukan tangkapan terhadap empat lelaki tempatan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga tempatan susulan kejadian pergaduhan dan kekecohan yang berlaku di Jalan SBBC 3, Pekan Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, lewat petang Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung insiden itu sebelum membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 148 dan 279 Kanun Keseksaan.
"Seksyen 148 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 279 boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.
“Polis telah berjaya melakukan tangkapan terhadap empat lelaki tempatan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Beliau turut menegaskan komitmen polis memastikan ketenteraman awam di kawasan berkenaan terus terpelihara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


