awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki kemuka representasi gugur kes baling bom petrol di pusat hiburan

Bernama
Bernama
04/09/2024
08:20 MYT
Empat lelaki kemuka representasi gugur kes baling bom petrol di pusat hiburan
Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 435 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat individu didakwa terlibat dalam kes membaling bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng Mei lepas mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan pertuduhan dihadapi mereka.
Peguam Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi bahawa pihaknya memfailkan representasi itu semalam (3 Sept).
"Sekiranya representasi pertama ditolak, kita akan hantar representasi kedua," kata peguam itu pada prosiding sebutan kes terbabit di sini hari ini.
Haziq Aizuddin mewakili empat tertuduh iaitu Muhammad Hasan Abd Hamid, 29, Muhamad Nur Kholis Muhamad Syaikhudin, 23, M. Preemraj, 25, dan Nor Rahman Sadik, 25.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersubahat bersama-sama suspek yang masih bebas melakukan khianat dengan api iaitu membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Dang Wangi di sini pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 435 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi mengetahui keputusan representasi berikutan ia baru dihantar semalam dan perkara itu tidak dibantah oleh peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Sept ini bagi sebutan semula kes untuk mengetahui status representasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baling bom petrol
#pusat hiburan
#kes mahkamah
#identiti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan