KOTA KINABALU: Empat lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), iaitu melibatkan daerah Tawau dan Sandakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata arahan ini akan dikuat kuasa mulai 27 Jun sehingga 10 Julai depan.
Dua lokaliti di Tawau yang terlibat adalah Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, manakala di Sandakan pula melibatkan Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring.
"Manakala di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif COVID-19," katanya.
Tambah beliau, KKM turut mengesahkan bahawa trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut.
"Bagi situasi di Sandakan, berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 dan 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan.
"Manakala di PPR Taman Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media laporan harian COVID-19 di negeri ini, pada Jumaat.
Tujuan pelaksanaan PKPD ini adalah untuk menyekat pergerakan serta penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata terdapat 156 kes baharu yang dilaporkan hari ini, serta satu kes kematian direkodkan di daerah Tawau.
Tiga daerah dengan jumlah kes baharu tertinggi ialah Tawau (42 kes), Sandakan (28 kes) dan Kota Kinabalu (21 kes).