awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lori bawa muatan kayu tanpa kebenaran ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2021
02:20 MYT
Empat lori bawa muatan kayu tanpa kebenaran ditahan
Lori yang membawa muatan penuh pelbagai spesies dan kayu jaras ditahan selepas pemandu lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memindahkan hasil hutan terbabit. -Foto ihsan Jabatan Perhutanan Terengganu
HULU TERENGGANU: Jabatan Perhutanan Terengganu menahan empat lori membawa muatan penuh kayu serta kayu jaras pelbagai saiz dan spesies dengan anggaran RM20,000 tanpa kebenaran di Kampung Telaga di sini pada Rabu.
Pengarahnya, Roslan Rani berkata, kehadiran keempat-empat buah kenderaan berat itu di lokasi diketahui penguat kuasa susulan maklumat awam mengenai empat buah lori dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 8.30 malam.
Katanya, semasa pemantauan dilakukan, didapati kesemua kenderaan berat itu membawa muatan penuh kayu dan kayu jaras pelbagai saiz dan disyaki dalam perjalanan membawa hasil hutan berkenaan ke sebuah kilang papan berhampiran.
"Pemeriksaan seterusnya, mendapati kesemua pemandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran membawa hasil hutan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Roslan berkata, kes disiasat mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu mengikut peruntukan Seksyen 68 (1) di mana terdapat hasil hutan dalam milikannya atau kawalannya tanpa memiliki pas bagi pemindahan hasil hutan.
"Jika disabitkan kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lori bawa muatan kayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan