Empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah kereta Vios, ketika melepak di kawasan parkir Pusat Komersil BDC (1Arena) di Jalan Chong Thien Vun di sini, awal pagi ini, menurut polis.
Dalam kejadian 1.15 pagi itu, kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu turut melanggar sebuah van Toyota Hiace serta dua kereta iaitu Perodua Bezza dan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian wanita terbabit yang memandu dalam keadaan mabuk dan gagal mengawal keretanya sehingga terbabas yang turut cedera dalam kejadian itu.
"Kemalangan ini dipercayai berlaku semasa kereta dipandu wanita itu dalam perjalanan dari Bandar Tawau hendak ke Jalan Tiku, namun apabila sampai di Jalan Chong Thien Vun iaitu selepas bulatan Kubota, Vios tersebut hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan seterusnya melanggar tiga kenderaan lain serta beberapa orang yang sedang melepak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Fadil berkata empat mangsa maut dikenali sebagai Hiew Nyuk Wei,30, Clawence Wong Vun Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chong Wei Chan, 21, manakala mangsa patah kaki ialah Chin Guan Xiong,21.
Beliau berkata semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala dua yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
Keadaan sekitar lokasi kemalangan yang mengorbankan empat nyawa di Jalan Chong Thien Vun, Tawau, pagi tadi. Foto ihsan pembaca Astro AWANI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Remaja keperluan khas, bapa saman sekolah swasta kerana cuai
Seorang remaja lelaki berkeperluan khas warga Syria dan bapanya memfailkan saman terhadap sebuah sekolah swasta antarabangsa di Mont Kiara.
Tiada tolak ansur terhadap pegawai awam cuai, terlibat rasuah - KSN
Tiada tolak ansur diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang didapati 'cuai' dalam menjalankan tugas dengan 'mengutip habuan' dan 'menetapkan kos tambahan'.
Pekerja maut, syarikat pembinaan didenda RM38,000
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
Bapa akui cuai, tertidur punca dua anak kecil berkeliaran waktu malam
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuan berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai.
Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
Ibu bapa 'galak' berlumba, anak maut kemalangan
Royce yang berada di tempat duduk kanak-kanak mati di tempat kejadian, namun ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tragedi pelanggaran bot Hungary, perbicaraan kapten kapal bermula
Yuriy Chaplinsky, warga Ukraine, didakwa dengan tuduhan membahayakan aliran trafik di air dan gagal memberikan bantuan.
Ten Hag kecewa aksi cuai Ajax
Ia merupakan kekalahan yang sukar buat Ajax selepas dua percubaan daripada Quincy Promes serta Edson Alvarez gagal menghasilkan jaringan di Arena Johan Cruijff.