awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat motosikal bergesel di Linkedua, dua penunggang maut

Bernama
Bernama
24/09/2025
10:30 MYT
Empat motosikal bergesel di Linkedua, dua penunggang maut
Kejadian berlaku ketika kesemua penunggang dalam perjalanan ke Singapura dan bergerak di lorong kanan sebelum terbabas. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat motosikal yang bergesel sesama sendiri di Kilometer 1.7 Lebuh Raya Linkedua arah selatan, di sini pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki tempatan berusia 30 dan 31 tahun maut akibat kecederaan parah selepas empat motosikal bergesel sesama sendiri di Kilometer 1.7 Lebuhraya Linkedua arah selatan sekitar jam 6.30 pagi.
  • Kejadian berlaku ketika kesemua penunggang dalam perjalanan ke Singapura dan bergerak di lorong kanan sebelum terbabas; dua lagi mangsa cedera dan sedang dirawat di hospital.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata mangsa warga tempatan berusia 30 dan 31 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selain patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Hasil siasatan mendapati empat penunggang motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura dan bergerak di lorong sebelah kanan, sebelum mereka bergesel sesama sendiri.
"Akibat daripada perlanggaran terbabit, kesemua penunggang motosikal telah terbabas di lorong yang sama dan menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala dua yang lain masih mendapat rawatan di hospital kerana cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan ini boleh menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah (BSPTD) Iskandar Puteri melalui talian 07-5101322," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LINKEDUA
#kemalangan maut
#Singapura
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan