awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pelajar maut, lima lagi cedera kereta terbabas

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/10/2017
03:58 MYT
Empat pelajar maut, lima lagi cedera kereta terbabas
Empat pelajar maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan Toyota Avanza dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan-Pitas, di sini. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI.
Empat pelajar maut, seorang parah manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki semua mereka terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Kanibongan-Pitas, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, semua mangsa adalah pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, kenderaan jenis Toyota Avanza berkenaan yang dinaiki lapan pelajar tingkatan enam dan seorang pelajar tingkatan empat dalam perjalanan dari Kanibongan menuju ke Pitas.
"Mangsa maut dikenali sebagai Sweeta Kongkoyan, 18; Rebecca Stacey Saimon, 16; Dayang Munisah Exon, 18 dan Evi Elsie Jukirim, 18.
"Manakala mangsa cedera pula dikenali sebagai Aewinkafo Lawrence, Fairus Ejoy Marayau, Jaklin Johglin, Jaklin Johglin dan Elden Elio yang kesemua berusia 18 tahun.
"Kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut serta bedah siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Izaan berkata, siasatan masih diteruskan dan maklumat lanjut akan menyusul.
Jelasnya, identiti semua mangsa yang terbabit masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#cedera
#Ketua Polis Daerah Kota Marudu
#maut
#pelajar
#siasatan
#SMK Pitas 2
#Superintendan Izaan Abdullah
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan