MALAYSIA
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
MELAKA: Empat anggota polis termasuk seorang polis sukarelawan direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
Ringkasan AI
- Empat anggota polis termasuk seorang sukarelawan direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM2,000 daripada pasangan tunang yang ditahan atas dakwaan berdua-duaan dalam kenderaan.
- Mereka ditahan oleh SPRM Melaka ketika hadir untuk pengecaman suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
- Permintaan asal suapan adalah RM4,000 tetapi mangsa hanya mampu beri RM2,000; kesemua suspek direman sehingga 28 Jun 2025 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Sumber berkata, kesemua suspek termasuk tiga daripada suspek adalah dua anggota polis berpangkat koperal berusia 33 dan 36 tahun serta konstabel berusia 26 tahun serta anggota sukarelawan polis berpangkat koperal berusia 40 tahun dipercayai telah menahan pengadu yang ketika itu sedang berdua-duaan dalam sebuah kenderaan di parkir Jalan Melaka Mall.
"Pengadu yang merupakan pasangan tunang itu kemudian dibawa ke balai polis.
"Ketika di balai polis mereka dipercayai meminta suapan berjumlah RM4,000 namun mangsa hanya dapat memberikan wang tunai sebanyak RM2,000," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Suspek lelaki masing-masing berusia 26 sehingga 40 tahun direman selama lima (5) hari sehingga 28 Jun 2025 yang dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh pagi tadi.
Menurut sumber, keempat-empat suspek telah ditahan antara jam 3.50 hingga 4.00 petang pada Isnin (23 Jun 2025) ketika diarahkan menghadiri pengecaman suspek di Pejabat SPRM Melaka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami