awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan dua suspek pergaduhan bersenjata di Brickfields

Bernama
Bernama
09/08/2025
10:50 MYT
Polis giat kesan dua suspek pergaduhan bersenjata di Brickfields
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kedua-dua suspek yang berumur awal 30-an itu sudah dikenal pasti. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Sambanthan, di sini awal pagi tadi yang menyebabkan dua individu cedera.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki bersenjata parang dan besi disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan pusat hiburan Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, menyebabkan dua mangsa cedera parah.
  • Polis telah mengenal pasti suspek dan sedang giat mengesan mereka, serta menyeru agar kedua-duanya menyerah diri di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
  • Mangsa berusia 33 dan 47 tahun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata,

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kedua-dua suspek yang berumur awal 30-an itu sudah dikenal pasti.
"Pihak polis juga meminta suspek untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ku Mashariman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.15 pagi yang mengatakan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan dua suspek itu di hadapan pusat hiburan di Jalan Tun Sambanthan.
Katanya, dalam pertengkaran itu, dua lelaki berumur 33 dan 47 tahun cedera selepas diserang oleh suspek berkenaan menggunakan parang dan batang besi.
Menurut Ku Mashariman, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#pusat hiburan
#Brickfields
#parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan