awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pondok pengajian agama, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/11/2020
14:26 MYT
Empat pondok pengajian agama, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran
Empat buah pondok yang dijadikan sebagai tempat pengajian di Kampung Kepala Bukit, Kampung Tualang, Pokok Sena musnah dalam satu kebakaran. - Foto ihsan bomba
ALOR SETAR:Empat buah pondok yang dijadikan sebagai tempat pengajian di Kampung Kepala Bukit, Kampung Tualang, Pokok Sena musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3.37 petang dan disedari pengajar di pondok tersebut.
Menurutnya, sebaik anggota bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan menyambar pondok bersebelahan.
Katanya, kesemua pondok berkenaan adalah jenis kelas B yang mana tiga daripadanya merupakan pondok dua tingkat dan sebuah lagi merupakan rumah setingkat.
Turut musnah dalam kebakaran itu ialah tujuh buah kenderaan yang berada di babagian bawah pondok dua tingkat berkenaan.
Kenderaan yang musnah antranya, ialah dua buah kereta iaitu Naza Kia dan Proton Saga termasuk lima buah motosikal yang musnah 98 peratus.
"Mujur ketika kejadian kesemua mangsa sempat berlari keluar dari pondok yang terbakar itu.
"Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik JBPM Kedah," kata Mohamadul Ehsan.
Kerja pemadaman melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Alor Setar bersama tiga jentera.
Topic Berkaitan
#pondok musnah terbakar
#kebakaran
#Kampung Kepala Bukit
#Kampung Tualang
#pokok sena
#JBPM Kedah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan