Skip to main content

Bisnes

STING bawa pengalaman Formula 1®️ lebih dekat kepada peminat di Malaysia dan Singapura

STING merupakan Rakan Rasmi Formula 1 bagi tahun ini sekali gus menjadi simbol kepada sebahagian daripada kerjasama PepsiCo bersama Formula 1. - Foto STING
STING merupakan Rakan Rasmi Formula 1 bagi tahun ini sekali gus menjadi simbol kepada sebahagian daripada kerjasama PepsiCo bersama Formula 1. - Foto STING

Advertisement

KUALA LUMPUR: STING sebagai Rakan Rasmi Formula 1®️ yang diaktifkan secara global, membawa pengalaman Formula 1®️ lebih dekat kepada peminat di Malaysia menerusi kempen “F1®️ Sounds Like STINGGG” yang menggabungkan pengalaman interaktif peminat, promosi pengguna dan kehadiran produk di lokasi perlumbaan.

Kempen minuman STING Energy Boost™️, jenama PepsiCo itu dilaksanakan sempena Formula 1®️ Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dengan penglibatan serantau turut merangkumi pasaran Singapura.

Pengurus Besar PepsiCo Beverages Malaysia, Singapura dan Filipina, Aditya Sheoran berkata, kempen tersebut menandakan aktiviti utama F1®️ pertama STING di Malaysia dan menjadi ruang untuk menghubungkan kehadiran STING sebagai Rakan Rasmi Formula 1®️ dengan peminat tempatan.

“ Formula 1®️ merupakan antara pentas terbesar dalam sukan global dan kerjasama ini memberi STING peluang menarik untuk berhubung dengan pengguna melalui sesuatu yang benar-benar mereka minati.

“Kami ingin menterjemahkan skala kerjasama global kami kepada pengalaman yang dapat dinikmati peminat di peringkat tempatan, sambil menyemarakkan keterujaan terhadap Formula 1®️ di Malaysia dan Singapura,” katanya dalam kenyataan.

STING merupakan Rakan Rasmi Formula 1®️ pada 2026 sebagai sebahagian daripada kerjasama PepsiCo bersama Formula 1®️.

Pelaksanaan kempen di Malaysia turut melibatkan rakan industri makanan dan minuman serta vendor di Sepang bagi memudahkan penonton mendapatkan STING dan produk lain PepsiCo sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Image
[INSERT]_STING F1_STING
Orang ramai yang membanjiri reruai interaktif STING pada acara Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini. - Foto STING

Sementara itu, Ketua Francais PepsiCo Beverages Malaysia, Singapura, dan Brunei, Joy Goh berkata, akses kepada produk di lokasi acara menjadi antara tumpuan syarikat dalam mendekatkan kerjasama tersebut kepada pengguna.

“Sebagai rakan rasmi Formula 1®️ , kami mahu membawa kerjasama berskala ini lebih dekat kepada peminat dengan memastikan produk kami tersedia di mana sahaja mereka menikmati perlumbaan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama dengan rakan niaga di Sepang turut bertujuan memperkukuh kehadiran PepsiCo di litar serta menyokong penyediaan pengalaman yang lancar kepada penonton.

Bagi penglibatan peminat, kempen itu mengetengahkan permainan Sting Speed Rush, yang membolehkan peserta menggerakkan kereta lumba dalam permainan menggunakan jeritan “STINGGGG!”.

Image
[INSERT]_STING F1 2_STING
Pemenang cabaran “Longest STINGGGGGG” menerusi stesen radio ERA yang menawarkan tiket Grandstand Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia. - Foto STING

Aktiviti lain merangkumi cabaran tarian interaktif menggunakan lagu “The Sting Within Me”  bersama DJ dan penerbit muzik antarabangsa, Alan Walker, selain ruang bergambar bertemakan perlumbaan serta pemberian sampel produk.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran PepsiCo Beverages Malaysia, Singapura, dan Brunei, Jennifer Lee berkata, bunyi, kelajuan dan keterujaan perlumbaan menjadi asas kepada pembentukan kempen tersebut.

“ Formula 1®️ sudah membawa keterujaan yang luar biasa ke Malaysia dan kami mahu STING menjadi sebahagian daripada keterujaan itu,” katanya.

Menurutnya, pengalaman yang dibangunkan menerusi kempen berkenaan bertujuan mengekalkan penglibatan peminat sepanjang musim F1®️.

“Matlamatnya ialah memastikan kemeriahan Formula 1®️ kekal bersama mereka sepanjang musim, bukan hanya pada hari perlumbaan,” katanya.

Bersempena perlumbaan di Sepang, promosi STING turut merangkumi cabaran “Longest STINGGGGGG” menerusi stesen radio ERA yang menawarkan peluang memenangi tiket Grandstand Formula 1®️ Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia.

Di Singapura, penglibatan STING sebagai Rakan Rasmi Formula 1®️ turut merangkumi hak penyajian minuman sempena Formula 1®️ Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 di Litar Jalanan Marina Bay.

Kerjasama berkenaan turut diterjemahkan melalui bungkusan edisi terhad F1®️ dan lagu “The Sting Within Me”, yang dihasilkan bersama Alan Walker  dengan inspirasi daripada sukan permotoran tersebut.

 

 

Must Watch Video

Advertisement