BUTTERWORTH: Sekurang-kurangnya empat rumah di Kampung Jawa, Perai di sini mengalami kerosakan teruk selepas bumbung zink kediaman itu diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada kira-kira 5 petang tadi.
Rumah kayu jenis berkembar itu bukan sahaja rosak di bahagian bumbung malah dua daripadanya turut mengalami kerosakan pada dinding luar.
Seorang penduduk, Asrul Affendi, 40, berkata ketika kejadian, tiga daripada empat rumah itu tidak berpenghuni manakala sebuah lagi didiami sebuah keluarga namun mereka tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.
"Kejadian ribut itu berlaku sangat cepat, tidak sampai lima minit iaitu bermula angin kuat dan diikuti hujan lebat dan ribut...nasib baik tiga rumah yang rosak itu tiada penghuni dan keluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah sempat selamatkan diri mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Video kejadian ribut berdurasi kira-kira 20 saat itu tular di media sejak petang tadi. Kejadian angin kuat dan hujan lebat turut melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang petang tadi.
Sementara itu, keluarga Muhamad Hafiz Abdul Halim, 35, yang sedang mengadakan majlis kenduri aqiqah dan kesyukuran di kampung itu turut berdepan detik cemas selepas khemah majlis diterbangkan ribut ke atas pokok kelapa yang berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.
"Ketika kejadian, terdapat kira-kira 30 tetamu yang sedang menjamu selera...syukur Alhamdulillah kami semua selamat, tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan di lokasi majlis," katanya.
Menurutnya keadaan bertukar menjadi kelam kabut dan semua tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ke dalam rumah.
"Kejadian ribut itu berlaku sekelip mata dan semua makanan serta minuman yang terdapat di bawah khemah turut jatuh berselerak dan selepas kejadian ribut, hujan lebat melanda kawasan kampung itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Kejadian angin kuat dan hujan lebat turut melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang petang tadi. - Gambar hiasan/ Bernama
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
21 rumah rosak akibat ribut di Baling
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Ribut musnahkan bumbung lima buah rumah di Sungai Petani
Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
214 rumah rosak dipukul ribut di Segamat
Kejadian pada jam 4.45 petang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan
Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah, yang diramal hujan pada Selasa dan Rabu.
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.
Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping
Lima kampung terlibat ialah Kampung Setia, Simpang; Kampung Kuala Sepetang; Kampung Menteri; Kampung Matang Road dan Kampung Dew.
20 rumah di Penaga rosak akibat ribut
Kira-kira 20 rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Penaga, semalam.