awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga sesat ketika mendaki di Berapit ditemukan selamat

Bernama
Bernama
24/08/2025
02:15 MYT
Empat sekeluarga sesat ketika mendaki di Berapit ditemukan selamat
Empat sekeluarga melalui detik cemas selepas sesat lebih tiga jam ketika mendaki di Berapit Hill Trail, di sini sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.
BUKIT MERTAJAM: Empat sekeluarga melalui detik cemas selepas sesat lebih tiga jam ketika mendaki di Berapit Hill Trail, di sini sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 8.08 malam memaklumkan sepasang suami isteri dan dua anaknya, sesat di kawasan hutan tersebut.
"Mereka dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan itu dan difahamkan keluarga tersebut telah mendaki bermula 6 petang, sebelum gagal menemui laluan untuk turun semula ke kaki bukit serta bertindak menghubungi pihak berkuasa.
"Kesemua mereka telah ditemukan dalam keadaan selamat pada 10.09 malam oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, sebelum seterusnya dibawa turun ke kaki bukit," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bukit Mertajam tamat sepenuhnya pada 10.58 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empat sekeluarga sesat
#Berapit Hill Trail
#sesat tiga jam
#bomba Bukit Mertajam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan