awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sungai di Selangor dalam kategori bersih

Bernama
Bernama
23/03/2022
08:58 MYT
Empat sungai di Selangor dalam kategori bersih
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan status Indeks Kualiti Air (IKA) di empat sungai di Selangor dikategorikan sebagai bersih sehingga 1 Mac lepas. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan status Indeks Kualiti Air (IKA) di empat sungai di Selangor dikategorikan sebagai bersih sehingga 1 Mac lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata secara keseluruhannya IKA di lembangan Sungai Selangor adalah 86, Sungai Langat (91), Sungai Tengi (87) dan Sungai Bernam (93) iaitu bersih.
"Manakala lembangan-lembangan sungai lain negeri berada di tahap sederhana tercemar dengan IKA antara 62 dan 78," katanya dalam kenyataan hari ini bagi mengulas laporan media tempatan pada 21 dan 22 Mac yang mendakwa Sungai Selangor dan Sungai Langat berdepan risiko tercemar dan mengandungi bahan kimia.
Beliau berkata lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat adalah lembangan sungai utama yang membekalkan lebih 90 peratus sumber bekalan air kepada penduduk Selangor dan Lembah Klang serta Putrajaya.
Hee menjelaskan keadaan sumber air dan air sungai berkenaan mampu dirawat oleh kesemua 34 loji rawatan air (LRA) di Selangor dengan mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum diagihkan kepada pengguna.
"Kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa memberi tumpuan dalam aspek kawalan pencemaran dan pemuliharaan kualiti sumber air di ini bagi memastikan sumber air sentiasa bersih dan selamat digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#Indeks Kualiti Air
#Bersih
#Sungai Selangor
#sungai langat
#Sungai Bernam
#Sungai Tengi
#Selangor
#Hee Loy Sian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan