awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
Butiran baharu cip Intel Arrow Lake Refresh muncul melalui penanda aras Geekbench
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk Rafidah ditahan cetus kekecohan pada majlis pecah tanah di Kampung Sungai Baru

Bernama
Bernama
30/11/2025
10:50 MYT
Empat termasuk Rafidah ditahan cetus kekecohan pada majlis pecah tanah di Kampung Sungai Baru
Fadil berkata kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur antara 39 hingga 47 tahun, ditahan kira-kira 8.50 pagi di sekitar kawasan majlis berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu termasuk aktivis Rafidah Ibrahim yang dipercayai cuba mencetuskan kekecohan semasa Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berumur antara 39 hingga 47 tahun, ditahan kira-kira 8.50 pagi di sekitar kawasan majlis berkenaan.
"Semasa ditahan, keempat-empat individu terbabit sedang menjerit-jerit sehingga mendatangkan kacau ganggu dan memecahkan keamanan ketika penugasan kawalan keselamatan sedang dijalankan pada majlis itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Fadil, penahanan itu dibuat sebagai langkah pencegahan mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah kerana mereka disyaki menjadi dalang mengajak orang ramai hadir untuk membuat protes pada majlis berkenaan.
Beliau berkata seruan untuk berhimpun itu dipercayai dimuat naik melalui akaun TikTok Rafidah pada Jumaat lepas.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua yang ditahan berlandaskan peruntukan undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafidah Ibrahim
#Kampung Sungai Baru
#Majlis Pecah Tanah
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan