awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh

Bernama
Bernama
24/04/2025
08:30 MYT
Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.
Mustafa Samsuddin, 46, S.R Gawthaman, 29, Mohamad Sharaf Abdullah, 22, dan P. Meenatchi, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa membunuh B. Sitambaran, 31, antara 10.30 malam 17 April hingga 1.03 pagi 18 April lepas di Taman Batu Metropolitan, Sentul di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh, M.Mathavan dan Tharamjit Singh.
Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 4 Ogos bagi laporan bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#kes mahkamah
#Sentul
#Hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan