awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2024
03:00 MYT
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Hilmi Abdullah berkata, proses tersebut dibuat berlandaskan kepada peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, proses tersebut dibuat berlandaskan kepada peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 atau Akta 171.
"Ia tidak akan bercanggah sebagaimana yang berlaku kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1 kerana kita (kerajaan negeri) mempunyai punca kuasa di bawah Akta 171," katanya semasa ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Arika@Kubang Kerian di sini pada Ahad.
Menurut beliau, Akta 171 itu memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti hiburan dari segi permit dan lesen hiburan.
Ujarnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) pula akan mengambil tindakan berkait dengan artis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Enakmen Kawalan Hiburan
#enakmen baharu
#DUN Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan