KUALA LUMPUR: Enam individu ditahan kerana terlibat dengan kumpulan pengganas Daish menerusi operasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada 6 dan 7 Januari tahun lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan lima daripada individu yang ditahan merupakan warganegara tempatan sementara seorang lagi merupakan warga Indonesia.
Menurut beliau, ketika tangkapan dua helai bendera kumpulan Daish, sebilah parang dan pisau turut dirampas.
Jelasnya, semua yang ditangkap merupakan anggota Anshorullah at Tauhid, sel kumpulan Daish yang ditubuhkan pada Oktober 2019 bertujuan mempromosikan ideologi salafi jihadi, merekrut anggota baharu dan melancarkan serangan di Malaysia.
"Siasatan PDRM mendapati tiga daripada individu yang ditahan telah mengeluarkan ancaman bunuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri Kabinetnya kerana mengamalkan kerajaan thoghut.
"Selain itu mereka juga merancang untuk melancarkan serangan ke atas pusat perjudian di Genting Highlands, Pahand dan kilang arak di sekitar Lembah Kelang," katanya dalam kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, katanya hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan tidak mempunyai sebarang perancangan dan persediaan untuk membuat serangan berkenaan.
"Dua warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia yang mengeluarkan ancaman berkenaan telah didakwa di bawah seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana mempunyai milik, jagaan atau kawalan bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas atau perbuatan pengganas dan telah dijatuhkan hukuman penjara.
"Manakala tiga yang lain dibebaskan atas arahan timbalan pendakwa raya," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Mar 26 2021
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan lima daripada individu yang ditahan merupakan warganegara tempatan sementara seorang lagi merupakan warga Indonesia. - Gambar fail/BERNAMA
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.