awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

Bernama
Bernama
22/06/2024
05:42 MYT
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Treler dipandu lelaki itu melanggar sekumpulan enam ekor lembu yang melintas dari arah sebelah kiri jalan menyebabkan lembu terbabit mati. - Gambar hiasan/
ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu Samah berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi ketika pemandu berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan.
"Ketika tiba di lokasi, treler dipandu lelaki itu melanggar sekumpulan enam ekor lembu yang melintas dari arah sebelah kiri jalan menyebabkan lembu terbabit mati. Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ke lokasi dan mengalihkan lembu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ashari berkata siasatan awal mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang tampil membuat keterangan kepada pihak polis.
Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lembu mati
#dilanggar treler
#Jalan Cherana Putih
#Alor Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan