awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam individu didakwa culik, kurung, pukul pasangan suami isteri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/12/2021
08:16 MYT
Enam individu didakwa culik, kurung, pukul pasangan suami isteri
Kesemua enam tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri, awal bulan ini. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Enam individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri, awal bulan ini.
Tindakan berkenaan difahamkan dilakukan selepas tidak berpuas hati ditipu pasangan suami isteri itu dalam pelaburan membabitkan kerugian RM9.5 juta.
Kesemua tertuduh masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Kesemua mereka termasuk seorang wanita ialah Moe Chern Wei, 29, Fong Chong Yong, 25, Seow Kwee Chiew, 50, Chong Siew Chiew, 46, Siah Soon Siong, 43, dan Kua Siew Mei, 37.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, enam tertuduh terbabit didakwa melarikan Choo Eng Hong, 27, dan isterinya, Lee Chen Hwee, 33, sebelum dikurung di suatu tempat yang dirahsiakan.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan rumah nombor 9, Jalan Murni, Taman Malim Jaya, Melaka pada jam 3 petang, 8 Disember lalu.
Tertuduh didakwa mengikut 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan dengan kesalahan memukul pasangan terbabit dengan sebatang kayu hingga cedera.
Perbuatan itu dilakukan di belakang sebuah bengkel bernombor 30, Jalan Suria, Taman Malim Jaya, pada jam 11 malam, 8 Disember lalu.
Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 kanun sama yang boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, J.J Lee.
Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan 18 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#enam individu
#culik
#pukul
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan