KUALA LUMPUR: Enam kategori baharu diperkenalkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023, menjadikan keseluruhan 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah berprestij anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan jumlah ganjaran RM450,000.
MPI dalam kenyataan memaklumkan enam kategori itu adalah Kewartawanan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Terbaik, Bicarawara Video Terbaik dan Bicarawara Radio Terbaik Dokumentari Video Terbaik, Lintas Langsung Berita Video Terbaik dan Lintas Langsung Berita Radio Terbaik.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Mustapa Omar berkata Petronas bersetuju memperbaharui kontrak penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) selama tiga tahun bermula tahun ini hingga 2025 dengan jumlah RM450,000 setahun berbanding RM300,000 sebelumnya.
"Mulai tahun ini juga, MPI dengan persetujuan wakil-wakil organisasi media bersetuju membuka penyertaan HKM kepada wartawan sambilan yang berdaftar dengan organisasi media tempatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan," katanya.
Beliau berkata penyertaan HKM 2023 akan dibuka mulai 20 Nov ini, manakala tarikh akhir penyertaan ialah pada 15 Jan tahun depan dan ia terbuka kepada karya-karya kewartawanan berbentuk laporan berita, rencana, foto dan kandungan berita lain yang telah diterbitkan dan disiarkan sepanjang tahun ini.
MPI turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang komited meraikan kepelbagaian karya terbaik kewartawanan dengan terus menaja HKM sejak 1994.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Enam kategori baharu diperkenalkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023, menjadikan keseluruhan 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah berprestij itu.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Enam kategori baharu diperkenal dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI 2023
Enam kategori baharu diperkenalkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2023, menjadikan keseluruhan 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah berprestij itu.