awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2015
04:56 MYT
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. - Gambar Fail
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat pukul 11 pagi tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Kawasan tersebut ialah Kangar di Perlis (253); Alor Setar (243), Bakar Arang, Sungai Petani (260) dan Langkawi (248) di Kedah; Seberang Jaya 2, Perai (287) serta Universiti Sains Malaysia, USM (247) di Pulau Pinang.
Sementara itu, cerapan JAS juga mendapati 26 kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu S.K Jalan Pegoh, Ipoh (176); Kg. Air Putih, Taiping (162); Sri Manjung, Perak (180) dan Perai, Pulau Pinang (196)
Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Pelabuhan Klang (157); Banting (114); Petaling Jaya (110); Putrajaya (110) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (110).
Di Sarawak, lima kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Kuching (124); Samarahan (130); Sarikei (103); Sibu (104); Sri Aman (157) manakala di Tawau, Sabah pula mencatatkan IPU sama (112).
17 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Kota Tinggi (63), Muar (84) di Johor; Port Dickson di Negeri Sembilan (94); Indera Mahkota, Kuantan di Pahang (93); Keningau di Sabah (63), Bintulu di Sarawak (85) dan Cheras di Kuala Lumpur (96).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#API
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Meteorologi
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan