Polis menahan enam lelaki termasuk dua orang warga Myanmar serta merampas 104 kilogram (kg) daun ketum dan 258 bungkus air ketum dalam lima serbuan berasingan di sekitar Seberang Perai Utara (SPU), di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata enam lelaki berusia 19 hingga 67 tahun itu ditahan secara berasingan bermula pukul 5 petang hingga 9 malam Selasa.
"Dalam serbuan itu polis berjaya merampas sejumlah dadah jenis ganja, air ketum, daun ketum dan peralatan memproses air ketum dengan nilai rampasan berjumlah RM3,500 yang dipercayai untuk pasaran tempatan.
"Dadah dan ketum yang dirampas boleh digunakan sehingga 900 orang penyalahguna daun ketum," katanya pada sidang media, di sini pada Rabu.
Beliau berkata dalam serbuan pertama di Jeti Nelayan Bagan Ajam, Butterworth polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penjual air ketum dengan rampasan 78 bungkus air ketum.
"Dalam serbuan kedua di sebuah rumah tidak bernombor di tepi Jalan Bagan Dalam, Butterworth polis berjaya memberkas dua lelaki warga Myanmar berumur 24 dan 27 tahun ketika sedang leka menjalankan kegiatan menjual air ketum kepada pelanggan dengan rampasan sebanyak 120 bungkus air ketum," katanya.
Noorzainy berkata dalam serbuan ketiga pula polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ujung Batu, Butterworth dan merampas 28kg daun ketum serta 50 liter air ketum.
"Serbuan keempat dan kelima di Tasek Gelugor melibatkan penahanan dua lelaki berusia 42 dan 67 tahun. Dalam dua serbuan itu polis merampas 3.3 gram ganja, 76kg daun ketum, 60 bungkus air ketum dan 50 liter air ketum," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua bekalan daun ketum itu diperoleh dari Kedah dan Perlis sebelum mereka memprosesnya menjadikan air ketum dan menjual di sekitar Butterworth.
Menurutnya, aktiviti penjualan air ketum itu adalah untuk pelanggan tempatan serta warga Myanmar dan dipercayai kegiatan itu dijalankan sejak setahun yang lalu.
"Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 8 Feb ini bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020
Dalam serbuan pertama di Jeti Nelayan Bagan Ajam, Butterworth polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang merupakan penjual air ketum dengan rampasan 78 bungkus air ketum.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.
13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Lelaki ditahan bersama 676 bungkus air ketum
Pemeriksaan dalam kenderaan menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik warna hijau dan hitam mengandungi air ketum.