awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Liga: Arsenal selangkah ke pentas final
Pensyarah rugi RM493,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Bom lama seberat 227 kg ditemukan di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam lelaki ditahan terbabit dalam lumba haram di Seremban

Bernama
Bernama
12/08/2019
13:16 MYT
Enam lelaki ditahan terbabit dalam lumba haram di Seremban
Polis berkata mereka berumur 20an itu ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan lumba kereta haram di jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata mereka berumur 20an itu ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Jalan Dato Bandar Tunggal sini selepas didapati memandu secara melulu dan berbahaya di jalan berkenaan, pada pukul 1 pagi.
Beliau berkata serbuan berkenaan dilakukan selepas risikan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota mengenai aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.
"Selain penahanan kesemua mereka, polis juga turut menyita empat buah kenderaan jenis Proton Satria.
"Kesemua mereka direman selama dua hari bermula hari tangkapan dan akan dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#Jalan Dato Bandar Tunggal
#lumba haram
#Op Samseng Jalanan
#Polis Daerah Seremban
#Proton Satria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan