awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau

Bernama
Bernama
12/01/2025
14:45 MYT
Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang tadi. - Foto JBPM
SEMPORNA: Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman ketika dihubungi berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi lelaki.
Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 4.58 petang, yang melibatkan sebuah kereta (Proton Wira) dinaiki enam individu berkenaan bersama seorang lelaki dewasa yang yang mengalami kecederaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
"Empat yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan empat lagi dalam MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Keseluruhan 15 orang terlibat dalam kemalangan ini, dengan enam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kesemua yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 7.16 petang tadi," katanya.
Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna memberi bantuan di tempat kejadian, dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Semporna-Tawau
#Jalan Kalumpang
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan