awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera

Bernama
Bernama
21/02/2024
00:30 MYT
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Kesemua mereka dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri. - Foto Meowtain People
SEREMBAN: Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan.
Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti Yusry Abdullah Sani berkata operasi Khas Storm menemukan keenam-enam mereka dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut.
"Mereka telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas EMRS dan kesemua mereka dibenarkan pulang oleh pihak polis dengan menaiki kenderaan sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata agensi terlibat dalam operasi mencari mangsa ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA).
Media semalam melaporkan bomba menerima aduan kira-kira pukul 7.31 malam berkenaan empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki gunung berkenaan.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai dari Selangor, didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Angsi
#pendaki
#sesat
#ditemui selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan