awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron

Bernama
Bernama
15/04/2024
02:25 MYT
Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron
Aaron berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing menerusi platform X beliau.
KUALA LUMPUR: Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar negara, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.
“Ramai mesti tidak tahu, minggu ini sahaja terdapat enam perayaan telah disambut di negara ini. Kepelbagaian di Malaysia adalah aset terbesar dan bernilai kepada kita semua.
“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan. Minggu ini sahaja Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran,” katanya dalam ciapan menerusi akaun X milik beliau.
Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.
Semalam, masyarakat Tamil menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields di sini dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#perpaduan
#sambutan perayaan
#kepelbagaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan