awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam rakyat Malaysia ditahan, disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daish

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2017
10:18 MYT
Enam rakyat Malaysia ditahan, disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daish
Setakat ini, lebih 250 individu ditahan antara 2013 hingga 2016 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan militan Daish.
Enam rakyat Malaysia ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia kerana disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan pengganas Daish.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keenam-enam lelaki itu ditahan di beberapa lokasi iaitu Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, dengan suspek pertama ditahan pada 23 Mei.
Suspek pertama, Mohd Muzafa Arieff bin Junaidi, 27, tampil menyerah diri selepas pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan media meminta orang ramai mengesan kedudukannya.
Mohd Muzafa yang bekerja sebagai penternak lembu dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan senjata api untuk kegunaan kumpulan pengganas di Malaysia.
Turut ditahan adalah dua beradik, seorang guru agama dan peniaga atas talian, yang disyaki membantu pergerakan militan di Syria. Kedua-dua mereka adalah saudara kepada Muhammad Fudhail Omar, yang merupakan orang yang bertanggungjawab mengetuai serangan 'lone wolf' di Sabah, Ogos tahun lalu.
Seorang pesara tentera berusia 54 tahun juga ditahan, yang dituduh menyalurkan RM20,000 kepada militan Syria melalui beberapa transaksi.
Dua lagi suspek ditahan kerana menyokong dan membantu kumpulan militan di Syria, bagaimanapun tidak didedahkan identitinya.
Setakat ini, lebih 250 individu ditahan antara 2013 hingga 2016 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan militan Daish.
Topic Berkaitan
#daish
#militan
#pengganas
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan