MELAKA: Keghairahan enam sahabat merentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke Melaka bagi meraikan sambutan hari jadi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membawa padah apabila dikompaun pihak polis.
Enam individu masing-masing berusia 14 hingga 18 tahun itu dicekup ketika sedang berkumpul di hadapan sebuah rumah di Taman Baiduri, Kuala Ina Pulau Sebang, di sini sekitar pukul 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kesemua mereka dikompaun RM5,000 setiap seorang manakala penganjur yang berusia 17 tahun sudah diambil keterangan.
“Pasukan pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menahan dua lelaki dan lima perempuan yang sedang duduk di hadapan sebuah rumah dan hasil siasatan mendapati enam daripada mereka datang dari negeri jiran.
“Pemeriksaan lanjut turut mendapati enam remaja yang hadir ke Melaka untuk membuat kejutan kepada rakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan rentas negeri yang sah dan telah dikenakan kompaun serta-merta,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, kompaun dikeluarkan kerana kesemua mereka gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Peraturan 4 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) (PPN) 2021.
Manakala penganjur berusia 17 tahun itu turut dikesan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) (PPN) 2021 kerana mengadakan majlis terbabit.
“Perbuatan semua remaja ini hadir ke lokasi kejadian semata-mata untuk berhibur dilihat amat berbahaya memandangkan ada yang datang dari negeri yang mencatatkan kes harian COVID-19 yang tinggi.
“Pihak polis menyeru orang ramai mematuhi arahan kerajaan agar kekal duduk di rumah dan semua suspek dibawa ke Balai Polis Pulau Sebang untuk tindakan lanjut,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 11 2021
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, enam remaja yang datang dari Gemas ke Melaka untuk membuat kejutan kepada rakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan rentas negeri yang sah.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Enam sahabat rentas negeri untuk sambutan hari jadi, dikompaun RM5,000 seorang
Enam individu masing-masing berusia 14 hingga 18 tahun itu dicekup ketika sedang berkumpul di hadapan sebuah rumah.