awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah

Bernama
Bernama
02/05/2024
05:00 MYT
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Kes penemuan mayat mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata mangsa Ubaidillah Mohamad, 73, ditemukan pada 4.12 petang.
"Pada selasa, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 68 tahun menyatakan suaminya tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
"Mangsa dikatakan keluar rumah seorang diri menaiki motosikal pada Isnin, 3 petang untuk mencari daun palas di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan awal dijalankan anggota polis bersama masyarakat setempat dan menjumpai motosikal mangsa di kawasan kebun getah itu pada 6.30 petang hari sama.
Katanya, gerakan mencari diteruskan melibatkan kawasan hutan simpan Guar Sanai seluas 0.80 hektar sebelum menemukan mayat mangsa pada jarak lebih kurang 1.3 kilometer dari motosikalnya.
"Hasil siasatan pihak forensik mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap si mati. Mayatnya kemudian di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat," katanya yang turut menyatakan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#hilang
#meninggal dunia
#kebun getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan