awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam sekeluarga ditahan edar dadah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
09/01/2021
03:46 MYT
Enam sekeluarga ditahan edar dadah
Kesemua suspek yang diberkas itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu. - Astro AWANI
KOTA KINABALU:Enam sekeluarga diberkas polis selepas didapati terjebak dengan aktiviti sindiket pengedaran dan penjualan dadah di sekitar Kota Kinabalu.
Dalam tangkapan pada Khamis lalu itu, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 66 tahun tersebut ditahan menerusi dua serbuan berasingan di Kampung Sembulan, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam kenyataan medianya hari ini mengesahkan kejadian terbabit.
Menurutnya, kesemua suspek adalah warga tempatan yang terdiri daripada pasangan suami isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan menantu mereka.
"Enam sekeluarga terlibat dalam sindiket pengedaran dadah telah berjaya diberkas hasil daripada serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari Khamis lalu di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu.
"Semakan rekod kesalahan lampau turut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dipercayai positif dadah.
"Hasil siasatan, enam sekeluarga turut ditahan bersama enam peket syabu seberat 67.8 gram yang disembunyikan di bawah pecahan jubin rumah mereka," katanya.
rampasan barangan dalam dua serbuan di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu pada Khamis lalu.
Rampasan barangan dalam dua serbuan di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu pada Khamis lalu.
Rampasan barangan dalam dua serbuan di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Khamis lalu. - Astro AWANI
Mengulas lanjut, Habibi berkata, dalam serbuan berasingan pula, pihaknya menemui tiga peket syabu seberat 150.36 gram yang disembunyikan di bonet belakang kenderaan milik seorang lelaki tempatan.
"Suspek berusia 37 tahun itu ditahan sekitar jam 7.35 petang di kawasan flat perumahan Kampung Sembulan Tengah dan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah," katanya.
Jelas beliau, keseluruhan jumlah rampasan syabu dalam dua serbuan itu mencecah 218.16 gram yang dianggarkan bernilai RM21,816 mengikut harga pasaran semasa.
Tambahnya, kesemua suspek yang diberkas itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#sindiket
#Kota Kinabalu
#polis
#keluarga
#Habibi Majinji
#Kampung Sembulan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan