awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Nilai tujuh pemain warisan 'hangus' sekelip mata
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam termasuk wanita ditahan edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2022
23:00 MYT
Enam termasuk wanita ditahan edar dadah
Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit kondominium pada Ahad. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seramai enam individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya merampas sebanyak 1,067.3 gram dadah jenis methamphetamine dan 6.7 gram kanabis dianggarkan bernilai RM42,720 dalam serbuan pada jam 4.10 pagi.
Menurutnya, polis turut menyita wang tunai sebanyak RM3,000 dipercayai hasil dari jualan dadah tersebut.
"Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 41 tahun dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.
"Kesemua suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noor Dellhan berkata, saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#Noor Dellhan Yahaya
#kondominium di Jalan Sultan Ismail
#methamphetamine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan