awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran

Bernama
Bernama
06/12/2023
10:07 MYT
Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran
Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua individu yang ditahan berumur antara 27 hingga 39 tahun dengan seorang daripada lelaki yang ditangkap, bertindak sebagai ejen kepada tiga wanita terbabit.
"Dalam serbuan 3 petang itu, polis turut merampas beberapa barangan antaranya gel pelincir, buku catatan, 12 keping kondom, tiga keping kad akses dan wang tunai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati, ketiga-tiga wanita berkenaan mula menyewa bilik di premis terbabit sejak minggu lepas dengan kadar RM40 sehari untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.
Noor Dellhan berkata kesemua terlibat ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dokumen tamat tempoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#warga asing
#Jalan Pudu
#kegiatan pelacuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan