awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2024
06:56 MYT
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Son kembali mewakili kelabnya hujung minggu lalu dan dia dimasukkan dari bangku pemain simpanan sebelum memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Brighton. - Foto Stadium Astro
ANGE Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia lalu, yang menyebabkan penyerang itu terseliuh jari.
Negara yang diwakili Son itu tersingkir di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-2 kepada Jordan, yang mengakibatkan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann, dipecat semalam.
Laporan minggu lalu berkata Son mengalami kecederaan jari berkenaan sehari sebelum mereka ditunjukkan jalan keluar, dimana dia berkelahi dengan seorang pemain lebih muda dalam skuad Korea Selatan, yang dilaporkan mahu meninggalkan makan malam pasukan itu lebih awal kerana mahu bermain ping pong.
Son kembali mewakili kelabnya hujung minggu lalu dan dia dimasukkan dari bangku pemain simpanan sebelum memainkan peranan penting dalam kemenangan 2-1 ke atas Brighton, di mana jari-jari di tangan kanannya kelihatan berbalut.
"Daripada apa yang saya tahu mengenai insiden itu --saya tidak banyak bertanyakan kepadanya mengenainya -- ia hanya Sonny menjadi Sonny. Menjadi seorang pemimpin dan apabila anda seorang pemimpin, adakala anda perlu berkata dengan tegas," kata Postecoglou.
"Itulah kepimpinan. Kepimpinan bukan hanya untuk menjadi popular dan menjadikan semua orang gembira. Ia tentang apabila anda melihat sesuatu yang tidak betul, anda perlu memperbetulkannya kerana ia yang terbaik buat pasukan. Saya nampak perkara itu dalam diri Sonny."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Ange Postecoglou
#Son Heung-min
#Korea Selatan
#Piala Asia
#insiden pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan