awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei

Bernama
Bernama
19/01/2026
00:00 MYT
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
- Gambar hiasan/Sinar Harian
SIBU: Seorang wanita berusia 31 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah bilik sewa di tingkat empat bangunan kedai di Sarikei, petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa yang menyewa bilik berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak JBPM menerima panggilan kecemasan pada 4.51 petang dan sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.
"Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang dijadikan rumah sewa di tingkat empat bangunan kedai dengan kemusnahan dianggarkan 60 peratus," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada 7 malam untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 7.55 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut
#JBPM Sarawak
#bilik sewa
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan