awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi

Agensi
Agensi
18/01/2026
23:50 MYT
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
Presiden Zelenskyy telah memaklumkan kepada Washington secara menyeluruh mengenai situasi di lapangan serta serangan berterusan Rusia terhadap infrastruktur tenaga Ukraine. - Gambar AP
KYIV: Delegasi Ukraine telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan wakil Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan kerja-kerja penyediaan dokumen bagi menamatkan konflik.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad memaklumkan Washington secara menyeluruh mengenai situasi di lapangan serta serangan berterusan Rusia terhadap infrastruktur tenaga Ukraine, sambil menegaskan bahawa Moscow tidak menunjukkan minat sebenar terhadap usaha diplomasi.
"Jika Rusia benar‑benar dan secara serius mahu menamatkan perang, mereka akan memberi tumpuan kepada diplomasi dan bukannya serangan peluru berpandu, gangguan bekalan elektrik dan cubaan merosakkan loji tenaga nuklear kami.
"Kami mempunyai data mengenai kemudahan yang telah dilakukan peninjauan oleh Rusia, peninjauan sebagai persediaan untuk melancarkan serangan.
"Segala‑galanya menunjukkan dengan jelas bahawa diplomasi bukanlah keutamaan bagi Rusia. Perkara ini mesti diakui," katanya.
Zelenskyy berkata, tekanan perlu diteruskan terhadap penceroboh dan punca sebenar peperangan.
"Minggu ini, kami akan berusaha meningkatkan tekanan tersebut dan memastikan pendirian global yang jelas terhadap Rusia.
"Kerja‑kerja pemulihan diteruskan susulan serangan Rusia. Malangnya, setiap malam terdapat serangan baharu. Sasaran utama Rusia kekal tidak berubah, sektor tenaga kita (Ukraine). Pada masa ini, hampir 58,000 individu bekerja tanpa henti, khusus dalam pasukan pembaikan grid kuasa, kemudahan penjanaan dan rangkaian pemanasan.
"Sumber daripada Kereta Api Ukraine dan syarikat milik kerajaan lain turut digerakkan. Bagi Kyiv, di mana keadaan sangat sukar, tambahan 50 pasukan dari seluruh negara telah dihantar. Masih terdapat bangunan yang belum menerima kemudahan air panas," katanya.
Trump dijangka menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, di mana beliau memberi bayangan kemungkinan bertemu Zelenskyy dalam satu pertemuan yang turut disuarakan secara terbuka oleh pemimpin Ukraine itu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Moscow
#konflik Rusia-Ukraine
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan