CHELSEA berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Fulham 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Bermain di tempat lawan, seorang pemain Fulham, Antonee Robinson dilayangkan kad merah kerana membuat asakan bahaya terhadap Cesar Azpilicueta.

Ia memberi kelebihan kepada Chelsea untuk meneruskan permainan melawan 10 pemain Fulham.

Beberapa percubaan untuk membolosi pintu gol Fulham gagal dilakukan pada babak pertama.

Di akhir babak kedua, gol tunggal disumbangkan Mason Mount pada minit ke-78.

Kemenangan meletakkan Chelsea di kedudukan ketujuh liga dengan 29 mata, manakala Fulham di tangga ke-18.